Sabtu, 17 Oktober 2020

KATA MAJMUK

 Bentuk Kata Majmuk


Bentuk kata ialah proses pembentukan kata menghasilkan bentuk kata tunggal, bentuk kata terbitan, bentuk kata majmuk dan bentuk kata ganda.

Kata Majmuk

Kata majmuk didefinisikan sebagai bentuk kata yang wujud apabila dua kata dasar atau lebih dirangkaikan menjadi satu kesatuan sintaksis yang membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan dieja terpisah, melainkan kata majmuk yang telah mantap.

Kata majmuk terbahagai kepada tiga :

a)Kata Nama Majmuk. Contoh : setiausaha, warganegara, tandatangan, uji kaji, kebolehubahan
b)Kata Kerja Majmuk. Contoh : menandatangani, bertanggungjawab, memberitahu
c)Kata Sifat Majmuk. Contoh : sukacita, dukacita
d)Kata Tugas Majmuk. Contoh : apabila, apakala, apahal, apalagi, bagaimana

Berdasarkan jenisnya, kata majmuk dapat dipisahkan kepada tiga kelompok:

a)Kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas.
Contohnya gambar rajah, biru laut, terima kasih, kuning langsat. Dalam kategori ini termasuk bentuk kata yang digunakan sebagai gelaran seperti perdana menteri, raja muda, menteri besar, profesor madya.

b)Kata majmuk berbentuk istilah khusus.
Contohnya model linear, garis pusat, mata pelajaran, kertas kerja, kanta tangan.

c)Kata majmuk yang mendokong maksud kiasan iaitu simpulan bahasa.
Contohnya kaki ayam, buah hati, duit kopi, makan angin, pilih kasih.

Kata majmuk dapat dibentuk melalui pelbagai cara:

a)dua perkataan digabungkan dan ditulis sebagai satu perkataan.
Contoh :
duka + cita = dukacita
jawatan + kuasa = jawatankuasa

b)perkataan dan fakta digabungkan dan ditulis sebagai satu perkataan.
Contohnya walaupun dan adalah.

c)dua perkataan digabungkan tetapi tidak dieja sebagai satu perkataan, sebaliknya kekal sebagai dua perkataan.
Contohnya uji bakat, ulang tayang, temu janji, hak milik.

d)dua perkataan bebas dijadikan satu perkataan dengan menggunakan imbuhan apitan dan ejaannya mestilah bercantum.
Contoh :
pindah milik ...dipindahmilikkan
tukar ganti ...ditukargantikan

e)kata majmuk yang menerima imbuhan awalan atau akhiran sahaja tidak dicantum.
Contoh :
campur aduk ...bercampur aduk
temu bual ...ditemu bual

Terdapat sebilangan kecil kata majmuk yahg penggunaanya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh. Walaupun bentuk kata tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar, perkataan yang demikian tetap dieja sebagai satu perkataan. Contohnya antarabangsa, beritahu, bumiputera, jawatankuasa, setiausaha.

Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama kata sahaja, contohnya alat-alat tulis, balai-balai raya. Penggandaan yang melibatkan bentuk yang telah mantap melibatkan seluruh unsur. Contohnya setiausaha-setiausaha, pesuruhjaya-pesuruhjaya.

Bentuk Kata Majmuk

Proses pemajmukan ialah proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih bentuk yang terhasil membawa makna tertentu .  Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain  .   Kata majmuk dapat dipisahkan kepada dua kelompok seperti berikut :
KATA MAJMUK YANG TERDIRI DARIPADA RANGKAIAN KATA BEBAS
KATA MAJMUK YANG BERBENTUK ISTILAH KHUSUS
Gambarajah
Model liner
Alat tulis
Garis pusat
Biru laut
Telefon dail terus
Jalan raya
Lesung sendi
Nasi minyak
Kanta tangan
Terima kasih
Segi tiga
Luar biasa
Cari gali
Merah muda
Hak milik
Bandar raya
Mata pelajaran
Tengah hari
Darah panas
Jam tangan
Kertas kerja
Meja tulis
Atur cara
Bom tangan
Kemas kini
Kapal terbang
Urus setia
Kuning langsat
Reka bentuk
Kereta api
Lut  sinar
Lalu lintas
Batu kapur
Semua bentuk gelaran contoh : Perdana Menteri,  Profesor Madya ……
Pita suara

PENGGANDAAN KATA MAJMUK
Penggandaan Kata Majmuk Melibatkan Penggandaan Unsur Pertama Kata Sahaja
Satu Kekecualian Ialah Penggandaan Melibatkan Bentuk Yang Telah Mantap
Alat-alat tulis
Pesuruhjaya-pesuruhjaya
Balai-balai raya
Tandatangan-tandatangan
Suku-suku kata
Jawatankuasa-jawatankuasa
Jirim-jirim organik
Setiausaha-setiausaha
Penolong-penolong pendaftar
Warganegara-warganegara
Gambar-gambar rajah
Kakitangan-kakitangan
Kapal-kapal terbang
Tanggungjawab-tanggungjaawab
Naib – Naib Canselor
Bumiputera-bumiputera
Ketua-Ketua Menteri
Sukacita-sukacita
Garis-garis pusat
Sukarela-sukarela

PENGIMBUHAN KATA MAJMUK  :
Kata majmuk boleh menerima imbuhan untuk menghasilkan kata terbitan :
Apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan awalan atau akhiran sahaja, ejaannya tetap terpisah :

Apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan apitan, ejaannya menjadi bercantum :
Campu aduk – bercampur aduk
Campur aduk - mencampuradukkan
Litar selari – berlitar selari
Daya serap – kedayaserapan
Ambil alih – mengambil alih
Garis pusat -  menggarispusatkan 
Temu bual – ditemu bual
Satu padu – menyatupadukan
Daya serap – daya serapan
Urus niaga – diurusniagakan

Bentuk Kata - Kata Majmuk

  • Kata majmuk terbentuk dengan menggabungkan dua kata dasar (maksimum dua perkataan).
  • Kata majumuk yang terbentuk itu mempunyai makna yang berbeza dengan makna kata dasar pertama dan kedua.
  • Kata majmuk dieja secara terpisah tanpa tanda sempang, namun dianggap satu unit.
  • Penggadaan kata majmuk melibatkan perkataan pertama sahaja (kecuali kata majmuk mantap yang digandakan seluruhnya.

Kata Makmuk terbahagi tiga

  1. Kata majmuk bebas
  2. Kata majmuk istilah khusus
  3. Kata majmuk kiasan

Kata Majmuk Bebas
air hujanbandar rayajam tangan
bom tangangambar rajahluar biasa
merah mudacampur adukambil alih
jalan rayadaya seraptunjuk ajar
nasi minyakterima kasihtengah hari
kuning langsatmeja tulisbiru laut

Kata Majmuk Istilah Khusus
duta besarketua menteripolis trafik
perdana menteriprofesor madyaraja muda
atur caracari galikertas kerja
hak miliklut sinarkanta tangan

Kata Majmuk Kiasan
anak emasdurian runtuhkaki bangku
buah tangancakar ayammakan angin
kaki botolambil hatijatuh hati
buah hatihati emasbusuk hati
kaki ayamduit kopipilih kasih
bulan madumanis muluttumbuk rusuk
atas pagarbatu apibesar kepala
kepala batukepala angingelap mata
hidung tinggikera sumbangnaik darah
telinga kualidalam tangancahaya mata

Penggandaan kata majmuk

Penggandaan kata majmuk hanya melibatkan unsur pertama sahaja.Contoh:

Kata MajmukBetulSalah
Alat tulisAlat-alat tulisAlat tulis-tulis
Ketua MenteriKetua-ketua menteriKetua menteri-menteri
budak jahatBudak-budak jahatBudak jahat-jahat
Namun, untuk kata majmuk kiasan, penggandaannya melibatkan seluruh kata majmuk tersebut.
Contoh:

Kata MajmukBetulSalah
Anak emasanak emas-anak emasanak-anak emas / anak emas-emas
Buah hatibuah hati-buah hatibuah-buah hati / buah hati-hati

Kata Majmuk Mantap

Kata majmuk mantap ialah kata majmuk yang dieja rapat. Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga menyenaraikan 15 kata majmuk mantap iaitu:
  1. antarabangsa (antara + bangsa)
  2. beritahu (beri + tahu)
  3. bumiputera (bumi + putera)
  4. jawatankuasa (jawatan + kuasa)
  5. kakitangan (kaki + tangan)
  6. kerjasama (kerja + sama)
  7. olahraga (olah + raga)
  8. matahari (mata + hari)
  9. pesuruhjaya (pesuruh + jaya)
  10. setiausaha (setia + usaha)
  11. sukarela (suka + rela)
  12. suruhanjaya (suruhan +jaya)
  13. tandatangan (tanda + tangan)
  14. tanggungjawab (tanggung + jawab)
  15. warganegara (warga + negara)
Walaupun tidak disenaraikan dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, terdapat beberapa kata gabungan dua perkataan yang dieja rapat. Banyak contohnya namun antaranya adalah:
  • apabila (apa + bila)
  • bagaimana (bagai + mana)
  • daripada (dari + pada)
  • dukacita (duka + cita)
  • kadangkala (kadang + kala)
  • manakala (mana + kala)
  • sukacita (suka + cita)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KATA MAJMUK

  Bentuk Kata Majmuk   No comments Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Bentuk kata ialah proses pembentukan kata menghas...

BANK SOALAN