Bentuk kata ialah proses pembentukan kata menghasilkan bentuk kata tunggal, bentuk kata terbitan, bentuk kata majmuk dan bentuk kata ganda.
Kata Majmuk
Kata majmuk didefinisikan sebagai bentuk kata yang wujud apabila dua kata dasar atau lebih dirangkaikan menjadi satu kesatuan sintaksis yang membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan dieja terpisah, melainkan kata majmuk yang telah mantap.
Kata majmuk terbahagai kepada tiga :
a)Kata Nama Majmuk. Contoh : setiausaha, warganegara, tandatangan, uji kaji, kebolehubahan
b)Kata Kerja Majmuk. Contoh : menandatangani, bertanggungjawab, memberitahu
c)Kata Sifat Majmuk. Contoh : sukacita, dukacita
d)Kata Tugas Majmuk. Contoh : apabila, apakala, apahal, apalagi, bagaimana
Berdasarkan jenisnya, kata majmuk dapat dipisahkan kepada tiga kelompok:
a)Kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas.
Contohnya gambar rajah, biru laut, terima kasih, kuning langsat. Dalam kategori ini termasuk bentuk kata yang digunakan sebagai gelaran seperti perdana menteri, raja muda, menteri besar, profesor madya.
b)Kata majmuk berbentuk istilah khusus.
Contohnya model linear, garis pusat, mata pelajaran, kertas kerja, kanta tangan.
c)Kata majmuk yang mendokong maksud kiasan iaitu simpulan bahasa.
Contohnya kaki ayam, buah hati, duit kopi, makan angin, pilih kasih.
Kata majmuk dapat dibentuk melalui pelbagai cara:
a)dua perkataan digabungkan dan ditulis sebagai satu perkataan.
Contoh :
duka + cita = dukacita
jawatan + kuasa = jawatankuasa
b)perkataan dan fakta digabungkan dan ditulis sebagai satu perkataan.
Contohnya walaupun dan adalah.
c)dua perkataan digabungkan tetapi tidak dieja sebagai satu perkataan, sebaliknya kekal sebagai dua perkataan.
Contohnya uji bakat, ulang tayang, temu janji, hak milik.
d)dua perkataan bebas dijadikan satu perkataan dengan menggunakan imbuhan apitan dan ejaannya mestilah bercantum.
Contoh :
pindah milik ...dipindahmilikkan
tukar ganti ...ditukargantikan
e)kata majmuk yang menerima imbuhan awalan atau akhiran sahaja tidak dicantum.
Contoh :
campur aduk ...bercampur aduk
temu bual ...ditemu bual
Terdapat sebilangan kecil kata majmuk yahg penggunaanya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh. Walaupun bentuk kata tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar, perkataan yang demikian tetap dieja sebagai satu perkataan. Contohnya antarabangsa, beritahu, bumiputera, jawatankuasa, setiausaha.
Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama kata sahaja, contohnya alat-alat tulis, balai-balai raya. Penggandaan yang melibatkan bentuk yang telah mantap melibatkan seluruh unsur. Contohnya setiausaha-setiausaha, pesuruhjaya-pesuruhjaya.

Bentuk Kata Majmuk
Proses pemajmukan ialah proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih bentuk yang terhasil membawa makna tertentu . Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain . Kata majmuk dapat dipisahkan kepada dua kelompok seperti berikut :
KATA MAJMUK YANG TERDIRI DARIPADA RANGKAIAN KATA BEBAS | KATA MAJMUK YANG BERBENTUK ISTILAH KHUSUS |
Gambarajah | Model liner |
Alat tulis | Garis pusat |
Biru laut | Telefon dail terus |
Jalan raya | Lesung sendi |
Nasi minyak | Kanta tangan |
Terima kasih | Segi tiga |
Luar biasa | Cari gali |
Merah muda | Hak milik |
Bandar raya | Mata pelajaran |
Tengah hari | Darah panas |
Jam tangan | Kertas kerja |
Meja tulis | Atur cara |
Bom tangan | Kemas kini |
Kapal terbang | Urus setia |
Kuning langsat | Reka bentuk |
Kereta api | Lut sinar |
Lalu lintas | Batu kapur |
Semua bentuk gelaran contoh : Perdana Menteri, Profesor Madya …… | Pita suara |
PENGGANDAAN KATA MAJMUK
Penggandaan Kata Majmuk Melibatkan Penggandaan Unsur Pertama Kata Sahaja | Satu Kekecualian Ialah Penggandaan Melibatkan Bentuk Yang Telah Mantap |
Alat-alat tulis | Pesuruhjaya-pesuruhjaya |
Balai-balai raya | Tandatangan-tandatangan |
Suku-suku kata | Jawatankuasa-jawatankuasa |
Jirim-jirim organik | Setiausaha-setiausaha |
Penolong-penolong pendaftar | Warganegara-warganegara |
Gambar-gambar rajah | Kakitangan-kakitangan |
Kapal-kapal terbang | Tanggungjawab-tanggungjaawab |
Naib – Naib Canselor | Bumiputera-bumiputera |
Ketua-Ketua Menteri | Sukacita-sukacita |
Garis-garis pusat | Sukarela-sukarela |
PENGIMBUHAN KATA MAJMUK :
Kata majmuk boleh menerima imbuhan untuk menghasilkan kata terbitan :
Apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan awalan atau akhiran sahaja, ejaannya tetap terpisah : | Apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan apitan, ejaannya menjadi bercantum : |
Campu aduk – bercampur aduk | Campur aduk - mencampuradukkan |
Litar selari – berlitar selari | Daya serap – kedayaserapan |
Ambil alih – mengambil alih | Garis pusat - menggarispusatkan |
Temu bual – ditemu bual | Satu padu – menyatupadukan |
Daya serap – daya serapan | Urus niaga – diurusniagakan |
Bentuk Kata - Kata Majmuk
- Kata majmuk terbentuk dengan menggabungkan dua kata dasar (maksimum dua perkataan).
- Kata majumuk yang terbentuk itu mempunyai makna yang berbeza dengan makna kata dasar pertama dan kedua.
- Kata majmuk dieja secara terpisah tanpa tanda sempang, namun dianggap satu unit.
- Penggadaan kata majmuk melibatkan perkataan pertama sahaja (kecuali kata majmuk mantap yang digandakan seluruhnya.
Kata Makmuk terbahagi tiga
- Kata majmuk bebas
- Kata majmuk istilah khusus
- Kata majmuk kiasan
Kata Majmuk Bebas | ||
air hujan | bandar raya | jam tangan |
bom tangan | gambar rajah | luar biasa |
merah muda | campur aduk | ambil alih |
jalan raya | daya serap | tunjuk ajar |
nasi minyak | terima kasih | tengah hari |
kuning langsat | meja tulis | biru laut |
Kata Majmuk Istilah Khusus | ||
duta besar | ketua menteri | polis trafik |
perdana menteri | profesor madya | raja muda |
atur cara | cari gali | kertas kerja |
hak milik | lut sinar | kanta tangan |
Kata Majmuk Kiasan | ||
anak emas | durian runtuh | kaki bangku |
buah tangan | cakar ayam | makan angin |
kaki botol | ambil hati | jatuh hati |
buah hati | hati emas | busuk hati |
kaki ayam | duit kopi | pilih kasih |
bulan madu | manis mulut | tumbuk rusuk |
atas pagar | batu api | besar kepala |
kepala batu | kepala angin | gelap mata |
hidung tinggi | kera sumbang | naik darah |
telinga kuali | dalam tangan | cahaya mata |
Penggandaan kata majmuk
Penggandaan kata majmuk hanya melibatkan unsur pertama sahaja.Contoh:Kata Majmuk | Betul | Salah |
Alat tulis | Alat-alat tulis | Alat tulis-tulis |
Ketua Menteri | Ketua-ketua menteri | Ketua menteri-menteri |
budak jahat | Budak-budak jahat | Budak jahat-jahat |
Contoh:
Kata Majmuk | Betul | Salah |
Anak emas | anak emas-anak emas | anak-anak emas / anak emas-emas |
Buah hati | buah hati-buah hati | buah-buah hati / buah hati-hati |
Kata Majmuk Mantap
Kata majmuk mantap ialah kata majmuk yang dieja rapat. Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga menyenaraikan 15 kata majmuk mantap iaitu:- antarabangsa (antara + bangsa)
- beritahu (beri + tahu)
- bumiputera (bumi + putera)
- jawatankuasa (jawatan + kuasa)
- kakitangan (kaki + tangan)
- kerjasama (kerja + sama)
- olahraga (olah + raga)
- matahari (mata + hari)
- pesuruhjaya (pesuruh + jaya)
- setiausaha (setia + usaha)
- sukarela (suka + rela)
- suruhanjaya (suruhan +jaya)
- tandatangan (tanda + tangan)
- tanggungjawab (tanggung + jawab)
- warganegara (warga + negara)
- apabila (apa + bila)
- bagaimana (bagai + mana)
- daripada (dari + pada)
- dukacita (duka + cita)
- kadangkala (kadang + kala)
- manakala (mana + kala)
- sukacita (suka + cita)